首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pencemaran udara berikutan peristiwa jerebu pada tahun 2005: Kajian kes di Perai, Pulau Pinang, Malaysia (Air pollution during the haze event of 2005: The case of Perai, Pulau Pinang, Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mastura Mahmud ; Nuur Huraizah Abu Hanifiah
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2009
  • 卷号:5
  • 期号:2
  • 页码:1-15
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Peristiwa jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah memberi kesan yang hebat di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan darurat jerebu diistiharkan di Kuala Selangor dan Kelang pada 11 Ogos 2005. Oleh itu, satu kajian dilakukan bagi melihat sejauhmana fenomena jerebu ini mempengaruhi kualiti udara di Perai, Pulau Pinang dengan mengkaji pencemar yang terdiri daripada gas karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon serta zarah terampai kurang daripada 10 mikron (PM10). Tahap kepekatan bulanan PM10 menunjukkan dua taburan yang ketara, di mana nilainya melebihi 80 μg m-3 dari Januari ke Julai, dan kurang daripada 60 μg m-3 dari Ogos ke Disember. Analisis dilakukan mengikut pecahan tiga tempoh iaitu dari Januari hingga Disember, Januari hingga Julai, dan Ogos hingga Disember. Hasil analisis regresi multivariat menunjukkan bahawa parameter cuaca saperti hujan dan angin menyumbang kepada 5.3% terhadap kepekatan habuk halus kurang daripada 10 mikron (PM10) dari Januari hingga Disember. Hasil analisis korelasi pula menunjukkan bahawa hujan mempunyai hubungan yang lemah dan songsang terhadap kepekatan PM10. Nilai pekali korelasi dari Januari hingga Disember dalah -0.188, berbanding nilai -0.184 (Januari hingga Julai), dan -0.164 (Ogos hingga Disember). Kelajuan angin turut menunjukkan pengaruh yang lemah dengan nilai pekali korelasi 0.152, 0.042, dan 0.127 bagi ketiga-tiga pecahan tempoh. Secara keseluruhan, didapati jerebu yang berlaku pada Ogos 2005 tidak memberi kesan yang teruk kepada kualiti udara di Perai kerana kepekatan PM10 tidak melebihi 70 μg m-3.
  • 关键词:fenomena jerebu; kualiti udara; ozone; pencemaran udara; Pulau Pinang; zarah terampai
国家哲学社会科学文献中心版权所有