标题:Pola dan faktor yang mempengaruhi peminuman minuman keras remaja Dusun Malaysia (The pattern and factors of alcohol consumption among the Malaysian Dusun youths)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2009
卷号:5
期号:2
页码:82-101
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kajian ini membincangkan isu berkaitan pengambilan minuman keras dalam kalangan remaja. Kajian menumpukan kepada jenis, pola minum dan faktor-faktor remaja minum minuman keras berdasarkan pengalaman dan persepsi remaja. Kajian dijalankan di sekitar daerah Ranau dengan menjadikan Kampung Noopung dan Kampung Lansat sebagai kawasan tumpuan kajian. Jenis data yang dikumpul ialah data kuantitatif dan kualitatif. Lima puluh remaja Dusun yang mempunyai pengalaman secara langsung mengambil minuman keras dipilih sebagai responden survei menggunakan kaedah snowball. Empat orang informan utama pula terdiri daripada golongan remaja dan dewasa yang banyak mengetahui tentang pengambilan minuman keras dalam masyarakat. Data kualitatif diperolehi melalui pemerhatian tidak ikut serta dan temubual mendalam. Hasil kajian mendapati remaja mula minum minuman keras serendah umur bawah 15 tahun. Mereka lebih banyak minum minuman keras tradisional, namun sudah cenderung minum bir yang dikategorikan sebagai minuman keras kosmopolitan. Remaja mudah memperolehi minuman keras di rumah pengusaha, kedai runcit dan restoran. Mereka sering minum di waktu perayaan, di hujung minggu dan bersama rakan sebaya. Umumnya pengambilan minuman keras di kalangan remaja dipengaruhi oleh faktor sikap dan persekitaran sosial. Sikap meliputi sikap ritual, convivial dan utilitarian. Faktor sekitaran sosial pula adalah incitement, availability dan example. Faktor incitement meliputi kebenaran minum tidak kira usia sewaktu pesta dan ritual budaya, dorongan rakan sebaya, daya beli remaja, identiti kelelakian. Faktor availability pula meliputi keadaan mudah mendapat minuman keras di pesta, kedai runcit, di rumahrumah pengusaha dan restoran. Faktor example pula meliputi contoh yang mudah diikuti daripada amalan rakan sebaya, ahli masyarakat dan iklan.
关键词:Kajian ini membincangkan isu berkaitan pengambilan minuman keras dalam kalangan remaja. Kajian;menumpukan kepada jenis; pola minum dan faktor-faktor remaja minum minuman keras berdasarkan;pengalaman dan persepsi remaja. Kajian dijalankan di sekitar daerah Ranau dengan menjadikan Kampung;Noopung dan Kampung Lansat sebagai kawasan tumpuan kajian. Jenis data yang dikumpul ialah data;kuantitatif dan kualitatif. Lima puluh remaja Dusun yang mempunyai pengalaman secara langsung;mengambil minuman keras dipilih sebagai responden survei menggunakan kaedah snowball. Empat orang;informan utama pula terdiri daripada golongan remaja dan dewasa yang banyak mengetahui tentang;pengambilan minuman keras dalam masyarakat. Data kualitatif diperolehi melalui pemerhatian tidak ikut;serta dan temubual mendalam. Hasil kajian mendapati remaja mula minum minuman keras serendah umur;bawah 15 tahun. Mereka lebih banyak minum minuman keras tradisional; namun sudah cenderung minum;bir yang dikategorikan sebagai minuman keras kosmopolitan. Remaja mudah memperolehi minuman keras;di rumah pengusaha; kedai runcit dan restoran. Mereka sering minum di waktu perayaan; di hujung minggu;dan bersama rakan sebaya. Umumnya pengambilan minuman keras di kalangan remaja dipengaruhi oleh;faktor sikap dan persekitaran sosial. Sikap meliputi sikap ritual; convivial dan utilitarian. Faktor sekitaran;sosial pula adalah incitement; availability dan example. Faktor incitement meliputi kebenaran minum tidak;kira usia sewaktu pesta dan ritual budaya; dorongan rakan sebaya; daya beli remaja; identiti kelelakian.;Faktor availability pula meliputi keadaan mudah mendapat minuman keras di pesta; kedai runcit; di rumahrumah;pengusaha dan restoran. Faktor example pula meliputi contoh yang mudah diikuti daripada amalan;rakan sebaya; ahli masyarakat dan iklan.