首页    期刊浏览 2025年06月05日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Fenomena Pulau Haba Bandar dan isu alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur (The Urban Heat Island phenomenon and the environmental issues of Kuala Lumpur City)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Shaharuddin Ahmad ; Noorazuan Md Hashim ; Yaakob Mohd Jani
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2009
  • 卷号:5
  • 期号:3
  • 页码:57-67
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pulau Haba Bandar (PHB) bukanlah sesuatu fenomena baru yang wujud dan terbentuk di kebanyakan bandar raya besar di dunia hari ini. Keadaan ini dialami juga oleh kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia sejak beberapa dekad di penghujung kurun yang lalu. PHB boleh didefinisikan sebagai pengaruh morfologi bandar terhadap parameter iklim dan cuaca semula jadi yang wujud di persekitaran bandar. Umumnya, peningkatan suhu dapat diperhatikan berlaku di kawasan-kawasan tepubina di dalam bandar berbanding dengan kawasan-kawasan pinggir dan luar bandar. Kebanyakan kajian membahaskan isu alam sekitar pulau haba bandar ini dengan mengaitkan faktor perkembangan bandar dan perindustrian yang begitu pesat sehingga mampu merubah pola dan trend suhu semula jadi di persekitaran bandar. Justeru, berasaskan penyataan ini kajian ini cuba menganalisis aspek pola pulau haba bandar yang berlaku di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini. Dengan menggunakan teknik penderiaan jauh, imej satelit landsat TM dan ETM+ serta GIS digunakan bagi mengesan sebarang perubahan pola suhu yang berlaku di Kuala Lumpur mengikut pola gunatanah yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan banyak kawasan yang merekodkan suhu sederhana tinggi manakala pola pulau haba bandar direkodkan di kawasan-kawasan seperti Jinjang-Kepong, Segambut-Sentul dan sedikit di sebelah selatan kawasan kajian. Fenomena pulau haba bandar yang dianggap sebagai isu alam sekitar bandar yang unit ini banyak berkait rapat dengan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar bandar. Dapat dikatakan, di samping faktor fizikal, faktor manusia juga amat penting dalam menentukan sejauhmanakah sifat kadar intensiti pulau haba bandar.
  • 关键词:Pulau Haba Bandar (PHB) bukanlah sesuatu fenomena baru yang wujud dan terbentuk di kebanyakan;bandar raya besar di dunia hari ini. Keadaan ini dialami juga oleh kebanyakan bandar-bandar besar di;Malaysia sejak beberapa dekad di penghujung kurun yang lalu. PHB boleh didefinisikan sebagai pengaruh;morfologi bandar terhadap parameter iklim dan cuaca semula jadi yang wujud di persekitaran bandar.;Umumnya; peningkatan suhu dapat diperhatikan berlaku di kawasan-kawasan tepubina di dalam bandar;berbanding dengan kawasan-kawasan pinggir dan luar bandar. Kebanyakan kajian membahaskan isu alam;sekitar pulau haba bandar ini dengan mengaitkan faktor perkembangan bandar dan perindustrian yang;begitu pesat sehingga mampu merubah pola dan trend suhu semula jadi di persekitaran bandar. Justeru;berasaskan penyataan ini kajian ini cuba menganalisis aspek pola pulau haba bandar yang berlaku di Kuala;Lumpur sejak kebelakangan ini. Dengan menggunakan teknik penderiaan jauh; imej satelit landsat TM dan;ETM+ serta GIS digunakan bagi mengesan sebarang perubahan pola suhu yang berlaku di Kuala Lumpur;mengikut pola gunatanah yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan banyak kawasan yang merekodkan suhu;sederhana tinggi manakala pola pulau haba bandar direkodkan di kawasan-kawasan seperti Jinjang-Kepong;Segambut-Sentul dan sedikit di sebelah selatan kawasan kajian. Fenomena pulau haba bandar yang;dianggap sebagai isu alam sekitar bandar yang unit ini banyak berkait rapat dengan aspek pemuliharaan dan;pemeliharaan alam sekitar bandar. Dapat dikatakan; di samping faktor fizikal; faktor manusia juga amat;penting dalam menentukan sejauhmanakah sifat kadar intensiti pulau haba bandar.
国家哲学社会科学文献中心版权所有