期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2009
卷号:5
期号:3
页码:76-87
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kertas ini mengaplikasikan konsep kelestarian arus hidup Buttimer(2001) yang menuntut pertautan objektif integriti ekologi, pertumbuhan ekonomi, dan vitaliti sosial kepada pengalaman hidup petani Melayu semasa penjajahan British (1874-1948). Dapatan penelitian menunjukkan bahawa kapitalisme penjajah British telah mengherotkan arus hidup petani peribumi: mereka dijadikan petani kecil saradiri berbanding dengan peladang komersil berskala besar penjajah. Perendahan secara sengaja status petani Melayu ini mewajarkan layanan buruk berupa berbagai diskriminasi dan peminggiran seperti termaktub dalam dasar tanah pertanian, dasar bantuan kewangan, dan dasar pembangunan dan P&P penjajah. Namun, dalam segala kepincangan dan kedaifan ini petani kecil Melayu telah membuktikan kelestarian mereka. Sebagai pesawah dan pekebun kelapa mereka berjaya membekalkan makanan kepada seluruh penduduk bukan tani Malaya. Sebagai pekebun kecil getah pula mereka telah membuktikan keampuhan mereka bersaing dengan peladang-peladang besar anak emas penjajah. Bagaimanapun, segmen akhir zaman pentadbiran penjajah British telah menyaksikan layanan yang lebih mesra petani Melayu. Generasi kedua pentadbir penjajah yang lebih berideologi sosialis telah bertungkus lumus mengetat dan memantapkan lagi Enekmen Tanah Resab Melayu yang justru itu menjamin asas geopolitik bagi kelestarian pertanian kecil Melayu.