标题:Analisis perkembangan tepubina di kawasan pertanian Pesisir Teluk Banten, Indonesia: Kajian kes di Kecamatan Kasemen, Kramatwatu dan Pontang (An analysis of the built-up expansion in the agricultural region of the Teluk Banten coast, Indonesia, with special reference to Kasemen, Kramatwatu and Pontang Districts)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2010
卷号:6
期号:1
页码:23-30
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:erkembangan kawasan binaan di kawasan pesisir Indonesia telah menimbulkan persoalan ruang yang semakin kompleks, terutamanya berkait dengan masalah pertukaran gunatanah pertanian kepada gunatanah bukan pertanian. Pertukaran gunatanah pertanian utamanya berlaku pada tanah pertanian yang subur dan berpengairan baik. Ianya ditukar kepada petempatan, kawasan industri dan infrastruktur. Polisi kerajaan bagi mempertahankan tanah-tanah pertanian subur akan mudah tergugat apabila kadar pertukaran gunatanah pertanian kepada bukan pertanian semakin tinggi. Kertas kerja ini membincangkan keterpinggiran kawasan penampan pertanian di kawasan pesisir Teluk Banten akibat perkembangan kawasan binaan. Kajian ini meliputi teknik-teknik analisis spasial yang terintegrasi dengan sistem informasi geografis di mana ianya boleh memberikan gambaran mengenai paras dan pola pertukaran gunatanah pertanian pada dua dekad ini, iaitu antara tahun 1970-2008. Pada peringkat ini, kajian bertumpu kepada analisis data spasial yang telah tersedia iaitu data AMS, JOG, RBI94, dan peta litupan tanah tahun 2003. Data spasial tersebut divalidasi dengan menggunakan data hasil interpreasi citra Path/Row:131/064 dengan tahun perekaman sebagai berikut; Citra LANDSAT tahun 1976, Citra LANDSAT 5 TM tahun 1995, Citra LANDSAT 7 ETM+ tahun 2000. Visualisasi hasil analisis dengan menggunakan peta Topografi/Peta RBI (Rupa Bumi Indonesia) BAKOSURTANAL dan peta pentadbiran Kabupaten Serang, khasnya di tiga kecamatan kawasan pesisir
关键词:analisis GIS; geostatik; gunatanah bukan pertanian; kawasan binaan; kawasan penampan ;pertanian; pertukaran gunatanah pertanian