首页    期刊浏览 2025年07月21日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia: Ke arah menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat (Empowering drug addicts in a Malaysian rehabilitation centre: Towards a lasting individual and society wellbeing)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rokiah Ismail
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2010
  • 卷号:6
  • 期号:1
  • 页码:31-49
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Negara Malaysia tidak terkecuali daripada berdepan dengan masalah penyalahgunaan dadah. Oleh itu pelbagai program rawatan dan pemulihan telah diadakan baik di dalam mahupun luar institusi demi menangani masalah tersebut. Kertas kerja ini mengupas pengalaman menagih dalam kalangan penghuni di institusi pemulihan dadah, pelaksanaan program pemulihan dan pengalaman penghuni selama menjalani pemulihan. Seramai 100 orang penghuni telah ditemubual menggunakan satu set soalselidik, sementara 14 orang telah diwawancara secara mendalam. Kajian mendapati keberhasilan sesebuah program pemulihan lebih banyak bergantung pada dua faktor, iaitu penerimaan program dan kepuasan penghuni berbanding hubungan baik antara penghuni dengan kakitangan am dan profesional semasa menjalani program. Perasaan gembira dan minat penghuni terhadap sesebuah program pemulihan mencirikan penerimaan dan kepuasan mereka secara keseluruhannya. Dalam hal ini yang sangat bermanfaat adalah pengetahuan dan kemahiran khusus yang dipelajari, disamping keupayaan program pemulihan membangkitkan kesedaran untuk penghuni menjalani kehidupan secara positif setelah dibebaskan dari institusi pemulihan. Namun, meskipun secara umum pelbagai program pemulihan mempunyai beberapa kekuatan yang tersendiri, keberkesanannya dalam membendung masalah pengulangan penagihan dadah masih menjadi satu isu. Pada sebahagian besar program pemulihan berguna hanya selama penghuni berada dalam institusi. Namun, pengalaman menjalani program pemulihan di institusi tidak pula menjamin bahawa mereka dapat mengawal sepenuhnya sikap dan tingkah laku mereka berkait dengan masalah penagihan dadah setelah mereka dibebaskan.
  • 关键词:kesejahteraan sosial; pemulihan dadah; penyalahgunaan dadah; program pemerkasaan; rawatan;institusi; rawatan bukan institusi
国家哲学社会科学文献中心版权所有