首页    期刊浏览 2024年11月23日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:.Memajukan petani kecil Melayu menerusi Pertanian Kontrak - Persepsi dan penilaian peserta projek dan komuniti tempatan (Advancing Malay small scale farmers through contract farming – perception and evaluation of project participants and local communities)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Amriah Buang ; Mohd Azlan Abdullah ; Rosmiza Mohd Zainol
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2010
  • 卷号:6
  • 期号:1
  • 页码:68-80
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Dasar Pertanian Negara (DPN 3, 1998-2010) Malaysia menetapkan Pertanian Kontrak (PK) sebagai program berimpak tinggi yang akan mampu melonjakkan pengkomersilan pertanian berskala kecil sekali gus mencergaskan pengeluaran makanan agro yang agak longlai di negara ini. Kertas ini membentangkan dapatan dari kajian yang baru dijalankan mengenai tanggapan dan penilaian 207 peserta Melayu projek PK yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan 200 responden dari kalangan komuniti tempatan di zon utara Semenanjung Malaysia. Analisis dapatan ini (1) peserta aktif projek PK anjuran FAMA ini hanya membentuk 65.7 peratus sahaja daripada keseluruhan bilangan petani kecil Melayu yang menyertai program ini, iaitu mereka yang secara konsisten membuat hantaran hasilan kepada FAMA jaminan harga FAMA meskipun harga ini di bawah paras harga pasaran semasa; (2) lebih separuh (51.2%) peserta projek PK merasa terperangkap dengan penetapan harga yang sentiasa rendah oleh FAMA, lebih-lebih lagi memandangkan kos pengurusan dan penyenggaraan tani yang sentiasa meningkat; (3) kegagalan para peserta projek umumnya untuk menepati peraturan ketat FAMA mengenai kualiti dan kuantiti hasil tani yang harus dihantar kepada FAMA yang sebenarnya mencerminkan kepincangan khidmat kembangan pada pihak agensi kerajaan sendiri; dan (4) majoriti yang agak besar (65%) dari kalangan komuniti tempatan yang menyatakan rasa tidak menyesal sama sekali kerana tidak menyertai projek PK anjuran FAMA lantaran tidak yakinnya mereka bahawa projek tersebut akan meningkatkan pendapatan mereka. Justru dapatlah dirumuskan bahawa oleh kerana program PK FAMA tidak begitu menunjukkan kejayaan maka ianya tidaklah dapat dianggap sebagai mekanisma yang berkesan untuk memajukan petani kecil Melayu.
  • 关键词:harga pasaran; harga terjamin; khidmat kembangan; komuniti tempatan; pertanian kontrak;peserta projek
国家哲学社会科学文献中心版权所有