首页    期刊浏览 2024年11月26日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan: Kajian kes Kawasan Perindustrian Nilai (Factors determining the location of manufacturing industries in the Nilai Industrial Area, Negeri Sembilan, Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Thara Wong Woharn ; Mohd Yusof Hussain ; Azima A. M.
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2010
  • 卷号:6
  • 期号:2
  • 页码:20-36
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kertas ini mengemukakan hasil kajian mengenai faktor penentuan pemilihan lokasi industri pembuatan di kawasan perindustrian baru Nilai, Negeri Sembilan. Pengumpulan data primer dilakukan melalui tiga sumber iaitu tinjauan awal, temuduga dan soal selidik di lapangan. Berdasarkan hasil kajian boleh dirumuskan bahawa perspektif pemilihan lokasi adalah berbeza di antara firma sasaran. Bagi menjawab persoalan kajian, faktor yang mendapat nilai peratusan tertinggi berdasarkan kategori menggalakkan dan sangat menggalakkan dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi perletakan industri pembuatan di kawasan Nilai. Sehubungan itu, didapati responden di kawasan kajian lebih mementingkan faktor buruh mahir iaitu buruh mahir lelaki, pasaran luar negara, kesampaian kepada kemudahan pelabuhan, kemudahan pengangkutan jalanraya dan lebuhraya serta kemudahan angkutan trela, kemudahan telekomunikasi dan faktor tempat iaitu lokasi yang strategik. Selain itu, insentif Elaun Cukai Pelaburan (ECP) merupakan insentif yang menyebabkan pertumbuhan industri pembuatan di Nilai. Dalam konteks proses membuat keputusan lokasi pula, hasil analisis juga mendapati tiada satu firma sasaran yang berjaya mewujudkan satu proses sejajar dengan model Hayter, Jayet dan Wins dalam peringkat proses membuat keputusan walaupun firma melalui peringkat proses membuat keputusan. Dapat disimpulkan bahawa maklumat yang lengkap dan sempurna adalah kunci kepada pembuat keputusan memutuskan sebarang lokasi yang akan bersesuaian.
  • 关键词:buruh mahir; Elaun Cukai Pelaburan (ECP); industri pembuatan; pilihan lokasi; faktor penentu;lokasi; proses pembuatan keputusan lokasi
国家哲学社会科学文献中心版权所有