首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Prestasi program pemberdayaan ekonomi masyarakat pesisir di Jakarta Utara, Indonesia: Satu penilaian awal (The economic empowerment programme for coastal communities in North Jakarta, Indonesia: A preliminary assessment)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Dara Aisyah ; Katiman Rostam ; Abd Hair Awang
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2010
  • 卷号:6
  • 期号:3
  • 页码:13-29
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:PEMP adalah satu program awam yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat pesisir pantai, terutamanya isi rumah miskin. Sejak dilaksanakan pada 2001, program ini telah melalui beberapa fasa pembaikan. Namun, hingga saat ini keadaan masyarakat miskin tidak berubah. Makalah ini bertujuan untuk menilai prestasi PEMP dari aspek formulasi polisi dan implementasi program serta prestasi organisasi khususnya tentang mekanisme pengelolaan program dengan rujukan khas kepada Kabupaten Jakarta Utara. Menggunakan rekod dan laporan rasmi pelbagai agensi di kantor peringkat pusat, kabupaten dan kecamatan selain pemerhatian serta temu bual mendalam dengan isi rumah dan pegawai di agensi pelaksana terbabit, kajian mendapati beberapa penemuan menarik. Pertama, prinsip yang dijadikan garis panduan bagi pelaksanaan progam telah tidak diikuti oleh agensi pelaksana di peringkat kabupaten dan kecamatan. Pelbagai amalan salah laku juga turut dikesan. Kedua, evaluasi output menunjukkan bahawa sebahagian besar pinjaman melalui Dana Ekonomi Produktif dimanfaatkan oleh isi rumah pedagang yang tidak miskin. Ketiga, Koperasi LEPP-M3 yang ditubuhkan bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan dana pinjaman, juga gagal mencapai matlamatnya. Masyarakat pesisir tiada akses dan tidak mampu membuat pinjaman. Jika membuat pinjaman pun rekod menunjukkan bahawa mereka tidak mampu melunasi pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini menunjukkan walau pun pemerintah berjaya melaksanakan Program PEMP terutamanya dari segi output kewangan dan penubuhan pelbagai agensi, namun prestasinya lemah dan tidak cekap. Suatu polisi, strategi dan program yang lebih sesuai perlu dibentuk untuk menggantikan program PEMP. in Z
  • 关键词:amalan salah laku PEMP; Dana Ekonomi Produktif; Indonesia; ketidak cekapan PEMP;penilaian output PEMP; program pemerkasaan ekonomi
国家哲学社会科学文献中心版权所有