首页    期刊浏览 2024年07月08日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Politik etnik Malaysia: Analisis pasca Pilihan Raya Umum ke 12 mengenai sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan PAS (Malaysia’s ethnic politics: A post-12th General Election analysis of the non-Malay support of UMNO and PAS)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Amer Saifude Ghazali ; Mohammad Redzuan Othman ; Zulkanain Abdul Rahman
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2011
  • 卷号:7
  • 期号:2
  • 页码:18-27
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS dilihat sebagai memperjuangkan kepentingan Melayu namun PAS juga memberi keutamaan kepada Islam. Etnik Melayu menjadi sumber utama kepada sokongan yang diperolehi oleh kedua-dua parti ini. Namun begitu, UMNO dan PAS juga perlu mendapat sokongan yang signifikan daripada etnik bukan Melayu untuk mencapai kemenangan yang lebih besar. Kertas ini meneliti kenyataan ini dengan menganalisis keputusan pilihan raya umum ke 12 dan mengemukakan kajian terkini berkenaan perkara tersebut. Dengan menggunakan teknik analisis korelasi dan regrasi, hasil penelitian menunjukkan bahawa pengundi Cina dan India telah memberikan sokongan penuh kepada calon pembangkang tanpa mengira etnik calon tersebut walaupun calon parti pembangkang adalah Melayu. Namun parti pembangkang tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada etnik Melayu. Hubungan signifikan yang negatif membawa pengertian semakin ramai etnik Melayu dalam sesebuah kawasan maka sokongan kepada pembangkang semakin merosot. Kesimpulannya ialah suatu konundrum: UMNO dan PAS masih bergantung kepada sokongan etnik Melayu berbanding etnik lain dalam pilihan raya ; namun peminggiran etnik lain, jika dilakukan, akan tutut menjejaskan prestasi mereka.
  • 关键词:analisis korelasi; analisis regrasi; geografi pilihan raya; kelakuan pilihan raya; politik etnik;politik Malaysia
国家哲学社会科学文献中心版权所有