首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kesan penyahhutanan ke atas pola suhu dan kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia: Satu analisis awal (The impact of deforestation on the patterns of temperature and relative humidity in Cameron Highlands, Malaysia: A preliminary analysis)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ahadi Iskandar Ismail ; Shaharuddin Ahmad ; Noorazuan Md Hashim
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2011
  • 卷号:7
  • 期号:3
  • 页码:56-65
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sumbangan perubahan guna tanah akibat penyahhutanan kepada peningkatan gas karbon dioksida atmosfera adalah salah satu ketidakpastian besar dalam kajian perubahan iklim dan merupakan punca gas karbon dioksida antropogenik kedua terbesar selepas pembakaran api fosil. Terdapat kekurangan kajian tentang penyahhutanan di kawasan hutan tropika rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada perubahan iklim. Justeru, kajian ini cuba menganalisis kesan perubahan guna tanah akibat penyahhutanan di kawasan Cameron Highlands, Pahang ke atas sistem iklim tempatan. Data parameter cuaca untuk tempoh 36 tahun (1970-2006) diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia manakala data guna tanah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Cameron Highlands (1970-2006). Data diproses menggunakan Microsoft excel dan dianalisis menggunakan kaedah statistik mudah seperti regresi linear, koefisien korelasi dan peratusan. Umumnya, hasil kajian mendapati berlaku peningkatan suhu sekitar 0.9C di stesen MARDI manakala di stesen Tanah Rata hanya sekitar 0.1C. Peningkatan suhu ini selari dengan perubahan pola guna tanah di Cameron Highlands iaitu dari kawasan hutan menjadi kawasan bandar dan agrikultur. Kadar kelembapan bandingan juga menurun terutamanya di stesen MARDI di pekan Tanah Rata. Penyahhutanan yang berlaku ini memberi kesan kepada fenomena perubahan iklim di Cameron Highlands dan seterusnya menjejaskan sedikit industri pelancongan kawasan tanah tinggi. Oleh itu, satu usaha melestarikan pembangunan di Cameron Highlands amat diperlukan bagi menjamin industri pelancongan terus maju di kawasan peranginan tanah tinggi ini pada masa hadapan.
  • 关键词:agrikultur; kelembapan bandingan; litupan hutan; penyahhutanan; perubahan iklim; pola guna;tanah
国家哲学社会科学文献中心版权所有