首页    期刊浏览 2024年09月07日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Respons masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal (Local community’s response to indigenous management of aquatic resources: The case of the Tagal system)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael ; Harifah Mohd Noor
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 页码:30-37
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sistem Tagal adalah salah satu kaedah pengurusan biosfera, khususnya sungai yang diadaptasi daripada amalan tradisi masyarakat tempatan di Sabah. Kaedah ini telah diperluaskan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah (DoF) sebagai satu pendekatan menguruskan sungai di samping memulihara sumber akuatik di negeri ini. Sejak pelaksanaannya pada awal tahun 2000, kejayaan sistem ini telah menjadi sebutan, bukan sahaja meningkatkan kualiti persekitaran sosial, tetapi juga menyumbang kepada kualiti persekitaran fizikal terutama kebersihan sungai dan populasi ikan sungai. Pencapaian ini diyakini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penglibatan masyarakat, memandangkan pelaksanaan sistem ini yang berbentuk usaha sama antara kerajaan, melalui DoF dengan masyarakat tempatan, yang dikenali juga sebagai hubungan ‘smart partnership’. Oleh yag demikian, artikel ini membincangkan respon masyarakat tempatan terhadap pelaksanaan sistem Tagal daerah Ranau, yang tertumpu kepada Kg. Luanti, Kg. Pinawantai dan Kg, Kinarasan. Pemerhatian, soal selidik dan temuramah telah dijalankan di kawasan kajian bagi mendapatkan data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat tempatan menunjukkan pelbagai reaksi terhadap pelaksanaan sistem ini, khususnya dari aspek dorongan penglibatan, corak penglibatan dan corak kepuasan. Hasil kajian ini akan dapat memberikan gambaran asas terhadap respon masyarakat terhadap pelaksanaan sistem Tagal.
  • 关键词:kualiti alam sekitar; pengurusan biosfera; perkongsian pintar; respons masyarakat; sistem Tagal;sumber akuatik
国家哲学社会科学文献中心版权所有