首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Rekod baru spesies rama-rama penyebab alahan di Malaysia (Toxoproctis hemibathes) dan kajian kesannya terhadap penduduk di Mukim Labis dan Mukim Bekok, Johor (A new skin - allergy causing moth species (Toxoproctis hemibathes) and the study of its impact on the residents of Mukim Labis and Mukim Bekok, Johor)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Norela Sulaiman ; Mohd Hasni Jaafar ; Asmah Ahmad
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 页码:52-66
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Satu ledakan populasi rama-rama yang dikenalpasti sebagai Toxoproctis hemibathes (Famili Lymantridae) telah menyebabkan simptom alahan di kalangan penduduk tempatan di mukim Labis dan mukim Bekok, Johor Darul Takzim pada 9-16 Ogos, 2007. Ekoran kejadian tersebut satu kajian mengenai kesan alahan terhadap penduduk yang terlibat telah dijalankan pada 22 hingga 26 November 2008 melalui survei soal selidik ke atas 161 responden yang terkena alahan, yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina, etnik dan pekerjaan. Hasil kajian mendapati bahawa alahan terjadi pada peringkat umur antara 10 hingga 19 tahun (24.2%) terutamanya di kalangan lelaki (59.0%), etnik Melayu (63.4%), pelajar sekolah (32.3%) dan penduduk yang tinggal di mukim Labis (59.6%), terutama di Ladang North Labis (28.6%). Tanda alahan umum yang didapati adalah dermatitis (98.1%) dengan simptom kulit merah (99.4%), pada tahap alahan yang sederhana (73.0%) dan dengan tempoh keradangan antara 1 hingga 7 hari (76.0%). Kesan gejala lain adalah seperti gangguan tidur (92.5%), kurang selera makan (5.0%), timbul penyakit lain (7.5%) dan mendapat cuti sakit (19.3%). Sebanyak 98.8% responden telah menggunakan ubat tertentu bagi merawat alahan, iaitu ubatan moden (93.8%) bagi mengatasi keradangan dan 62.7% responden menggunakan racun serangga biasa bagi mengawal populasi ramarama berkenaan. Spesies ini merupakan rekod baru bagi Semenanjung Malaysia dan rama-rama ini menyebabkan alahan terutamanya di kalangan lelaki, meliputi peringkat umur antara 10 hingga 19 tahun, etnik Melayu dan pelajar sekolah. Terdapat hubungan yang bererti di antara jantina dengan tahap alahan (p=0.042) dan di antara etnik dengan tahap alahan (p=0.007). Kesan alahan tertumpu pada penduduk yang tinggal di , mukim Labis, terutama di Ladang North Labis. Kesan alahan utama adalah gatal-gatal kulit dan penduduk menggunakan kaedah perubatan moden untuk mengatasi keradangan. Kesan alahan ini adalah kes terpencil, oleh itu kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui punca dan mekanisme alahan dengan lebih terperinci.
  • 关键词:alahan; dermatitis; Ladang North Labis; Mukim Bekok; rama-rama; Toxoproctis hemibathes
国家哲学社会科学文献中心版权所有