首页    期刊浏览 2024年10月06日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Politik pembangunan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak (The politics of development in the by-election of Sarawak’s Batang Air state assembly)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Fuad Mat Jali ; Junaidi Awang Besar ; Abdul Halim Sidek
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 页码:88-97
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Politik pembangunan merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesuatu kawasan, terutamanya di kawasan yang masih belum membangun di kawasan pedalaman. Politik pembangunan dapat diterjemahkan melalui projek pembangunan yang memberi faedah yang tersirat kepada rakyat antaranya ialah meningkatkan pendapatan rakyat, menambahkan peluang pekerjaan, menambahkan peluang perniagaan, menaikkan taraf ekonomi rakyat dan juga pelbagai lagi faedah yang bakal diterima oleh rakyat sekiranya pembangunan berada di kawasan mereka. Dalam konteks negeri Sarawak, negeri tersebut dilingkungi kawasan pedalaman yang sangat luas dan jaringan perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan kawasan atau bahagian. Dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas. Namun, benteng terakhir BN ialah di kawasan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak di mana hampir 95 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di kedua-dua negeri tersebut dikuasai BN. Pilihan raya kecil DUN Batang Air diadakan kerana kematian penyandangnya iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot kerana penyakit angin ahmar. Ia dikatakan menjadi kayu pengukur pengaruh BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan menghadapi pilihan raya DUN yang akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2012. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan 88.6 peratus menyatakan BN akan memenangi pilihan raya tersebut berbanding PKR 3.6 peratus. Setelah pilihan raya kecil diadakan, hasilnya dimenangi BN dengan majoriti yang bertambah lebih sekali ganda iaitu dari 806 undi kepada 1854 undi dan ini membuktikan sentimen politik pembangunan terus kekal di kawasan tersebut kerana pembangunan hanya dapat dijalankan dengan memilih parti yang memerintah sesebuah negeri. Justeru, artikel ini akan menyingkap faktor politik pembangunan dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil tersebut.
  • 关键词:kawasan pilihanraya terpencil; parti Barisan Nasional; pilihan raya kecil; politik pembangunan;Sarawak; sentimen politik
国家哲学社会科学文献中心版权所有