首页    期刊浏览 2024年09月18日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia (Functional challanges of small town in the era of globalisation: Positive pointers from Tanjong Malim, Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Yazid Saleh ; Katiman Rostam ; Mohd Yusof Hussain
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 页码:98-111
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Dalam era globalisasi, peningkatan pengaruh bandar raya mega dalam agenda pembangunan ekonomi nasional seringkali membawa kepada polarisasi ekonomi di mana bandar-bandar kecil dan kawasan sekitar yang terletak di luar kawasan pembangunan utama akan ketinggalan, terus kekal mundur dan tidak membangun. Pertumbuhan Wilayah Metropolitan Klang-Langat telah membuktikan kebenaran ini bagi Malaysia. Bagaimanapun, bandar seperti Tanjong Malim yang lokasinya berhampiran dengan Wilayah Metropolitan adalah terkecuali. Bandar kecil ini telah dirancang oleh kerajaan negeri untuk menjadi Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah bagi kawasan Selatan Perak pada tahun 2020. Oleh kerana lokasinya yang strategik iaitu di tengah-tengah lebuh raya utara-selatan antara Wilayah Metropolitan Kinta dan Wilayah Metropolitan Klang-Langat, selain kewujudan UPSI dan kilang Proton, Tanjong Malim dijangka mampu mencapai sasarannya. Artikel ini membuktikan kemampuan ini dengan menganalisis perubahan penduduk dan fungsi yang berlaku di Tanjong Malim. Analisis dokumen dan rekod kerajaan serta maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian lapangan dan soal selidik yang dijalankan di kalangan 370 isi rumah menunjukkan bahawa Tanjong Malim sedang berkembang pesat untuk menjadi pusat petempatan yang paling dominan di Daerah Batang Padang. Keputusan analisis Indeks Kepusatan menyokong penemuan ini. Analisis menunjukkan fungsi-fungsi tradisional seperti penyediaan input pertanian, peniaga getah dan lain-lain aktiviti yang berasaskan pertanian telah berkurangan tetapi fungsi penyediaan barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, menunjukkan perubahan peranan dari hanya menyediakan keperluan asas penduduk kepada menyediakan peluangpeluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan moden. Semua perubahan ini menjadi petunjuk jelas bahawa dari segi fungsi, Tanjong Malim sedang menjalani proses transformasi pesat dan berada pada landasan yang betul untuk muncul sebagai Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah bagi Selatan Perak pada tahun 2020
  • 关键词:analisis kepusatan; bandar kecil; globalisasi; polarisasi ekonomi; Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah;transformasi fungsi
国家哲学社会科学文献中心版权所有