首页    期刊浏览 2024年11月28日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Morfometri lembangan sungai-sungai utama di Pulau Pinang (Morphometry of major river basins in the island of Penang)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Noraini Misnan ; Main Rindam
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:3
  • 页码:71-81
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Morfometri saliran digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri dan parameter geometri sesebuah lembangan sungai supaya ianya lebih objektif dan bermakna. Makalah ini bertujuan untuk mendapatkan informasi dan menganalisis ciri-ciri morfometri empat lembangan sungai utama di Pulau Pinang iaitu lembangan Teluk Bahang (A), lembangan Sungai Pinang (B), lembangan Sungai Relau (C) serta lembangan Sungai Air Putih (D). Maklumat tentang morfometri ini amat penting untuk digunakan sebagai asas rujukan yang berkesinambungan pada masa hadapan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik analisis peta topography dan pemerhatian di lapangan. Kajian tertumpu kepada aspek morfometri tertentu khususnya pola-pola saliran, order sungai, serta kepadatan lembangan saliran. Hasil kajian menunjukkan kesemua kawasan lembangan kajian mempunyai kepadatan saliran yang kurang daripada 2 km per km persegi dengan lembangan Sungai Relau mencatat kepadatan tertinggi iaitu 1.89 km per km persegi. Kebanyakan sungai di kawasan kajian mempunyai pola saliran jenis reranting atau dendritik dan Sungai Pinang (B) mempunyai 5 order sungai, tertinggi di kawasan tersebut.
  • 关键词:hidrologi; kepadatan saliran; lembangan sungai; pola saliran; morfometri sungai; order sungai
国家哲学社会科学文献中心版权所有