首页    期刊浏览 2024年09月01日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Fertiliti dalam kalangan guru wanita di Daerah Kulaijaya, Johor: Satu analisis kuantitatif (Fertility among female teachers in the Kulaijaya District, Johor: A quantitative analysis)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Zamree Tukiran ; Noraziah Ali ; Usman Yaakob
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:9
  • 页码:68-83
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Wanita dan pekerjaan semakin tidak boleh dipisahkan. Golongan wanita dilihat mendominasi institusi pendidikan tinggi sekaligus membolehkan mereka mendapat kelayakan kerjaya dan pekerjaan yang baik. Perubahan status dan peranan wanita hari ini menyebabkan wanita menangguhkan usia perkahwinan dan menghadkan saiz keluarga. Kertas ini akan cuba meneliti aspek pola fertiliti dalam kalangan guru wanita. Seramai 108 orang responden telah dipilih daripada guru wanita pelbagai etnik yang telah berkahwin di tujuh buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar bandar Kulai. Tumpuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan angkubah terpilih dengan fertiliti guru wanita. Dapatan kajian mendapati majoriti responden menggalas beban tugas perguruan pada tahap berat dan amat berat. Beban tugas perguruan ini mempunyai pengaruh secara tidak langsung terhadap kadar fertiliti mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi angkubah etnik, struktur umur, umur berkahwin, tempoh perkahwinan, tempoh perancang keluarga, bilangan anak ideal dan pendapatan keluarga responden dengan fertiliti guru wanita dalam kajian ini. Keseluruhannya, tekanan kerjaya telah memberikan kesan signifikan terhadap fertiliti dan seterusnya mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia.
  • 关键词:beban tugas perguruan; latihan; menangguhkan usia perkahwinan; pola fertiliti; tekanan kerjaya;wanita bekerjaya
国家哲学社会科学文献中心版权所有