首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Sistem pemilikan tanah di Indonesia: Isu dan implikasi pendekatan institusi ekonomi (Land ownership in Indonesia: Issues and implications of the economic institutional approach)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Azima A. M. ; Muhammad Afif Hamka ; Suhana Saad
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2013
  • 卷号:9
  • 期号:1
  • 页码:10-20
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sistem pemilikan pertanahan di Indonesia agak berbeza dengan sistem pemilikan tanah yang diamalkan dibeberapa buah negara di dunia. Sistem pemilikan tanah di Indonesia dipengaruhi oleh undang-undang tanah di Indonesia. Undang-undang tanah di Indonesia terbahagi kepada dua fasa yang utama. Fasa pertama undang-undang tanah di Indonesia melibatkan fasa sebelum September 1960 dan fasa kedua selepas tahun 1960. Peruntukan undang-undang tanah di Indonesia secara dasarnya berlandaskan Undang-undang Pokok Agararia 1960. Undang-undang tanah ini bukan sahaja melibatkan tanah pertanian, namun dalam masa yang sama ianya melibatkan keseluruhannya tanah di Indonesia termasuk tanah lombong. Isu dalam sistem pemilikan tanah di Indonesia mencetuskan persengketaan yang berpanjangan di Indonesia terutamanya bagi pemilik tanah ulayat. Justeru itu kajian ini memberikan penekanan terhadap sistem pemilikan serta permasalahannya dalam konteks undang-undang yang sedia. Kajian ini melibatkan kajian analisis kandungan bahan-bahan yang diperoleh daripada buku,jurnal dan dapatan kajian terdahulu. Dapatan kajian mendapati, sistem pemilikan tanah di Indonesia berhadapan dengan masalah tertentu terutama bagi tanah ulayat dibeberapa daerah. Sehubungan itu,kajian ini mencadangkan agar satu pendekatan yang lebih holistik digunapakai bagi membolehkan solusi kepada permasalahan tanah ulayat yang dialami. Pendekatan tersebut melibatkan reformasi dalam institusi dengan mengambilkira pendekatan dalam proses pembangunan tanah iaitu pendekatan institusi ekonomi.
  • 关键词:adat tempatan; institusi ekonomi; pembangunan holistic; sistem pemilikan tanah; tanah; tanah ulayat
国家哲学社会科学文献中心版权所有