标题:Pemetaan kegagalan cerun di Pulau Pinang dengan menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN) (Mapping slope failure vulnerability in Penang using Artificial Nervous Network (ANN))
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2013
卷号:9
期号:1
页码:30-41
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kegagalan cerun berlaku adalah bencana alam yang dicetuskan oleh faktor ruangan dan bukan ruangan, dan pembangunan yang tidak terkawal menyumbang kepada bencana ini. Di Malaysia yang pesat membangun, pemetaan zon kegagalan cerun adalah penting dalam usaha mencegah dan mengurus bencana alam. Dengan mengambilkira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun, kajian ini bertujuan menghasilkan peta kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan rangkaian saraf buatan (ANN) dengan pengintegrasian Sistem Maklumat Geografi. Hasil kajian ini adalah dalam bentuk pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun. Lapisan-lapisan peta yang digunakan adalah seperti topografi (cerun, aspek, dan kelengkungan), jenis litologi, siri tanih, saliran, jalan raya, hujan, dan lineamen digunakan bagi membentuk pangkalan data ruangan dengan menggunakan GIS. Penghasilan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun adalah berdasarkan pada pemberat yang terdapat dalam ANN bagi menghasilkan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun yang mengklasifikasikan mudah kepada empat zon iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, dan tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa GIS yang bersama-sama dengan model ANN adalah satu pendekatan yang fleksibel dan berkemampuan untuk mengenal pasti kawasan berpotensi berlaku kegagalan cerun.
关键词:GIS; kebolehrentanan; kegagalan cerun; litologi; pemetaan; rangkaian saraf buatan (ANN)