标题:Perdagangan informal rentas sempadan Malaysia-Indonesia: Kajian kes di Serikin, Daerah Bau, Sarawak (Malaysia-Indonesia informal cross border trade: A case study of Serikin, Bau District, Sarawak)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2013
卷号:9
期号:1
页码:52-60
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Pelan Kerjasama Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-Growth Triangle) telah digubal sebagai langkah untuk merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi ketiga-tiga negara berkenaan. Sekali pun Sarawak dan Kalimantan tidak termasuk dalam pelan tersebut, perdagangan Malaysia-Indonesia terus berkembang. Aliran keluar masuk input dan transaksi komoditi di perbatasan Sarawak-Kalimantan terus meningkat khususnya dilaluan formal. Pun begitu bila berkembangnya pekan kecil Serikin menjadi pusat membeli belah telah melontarkan tandatanya yang terkait dengan transformasi ekonomi yang pantas. Walau pun tiada laluan formal lintas sempadan serta pusat pemeriksaan imigresen dan kastam antarabangsa (CIQ), Serikin telah membangun sebagai pusat perdagangan informal yang dinamik. Pedagang Indonesia dan pengguna Malaysia berhimpun pada hujung minggu di pekan kecil ini dan menggiatkan transaksi di pinggir sempadan antara dua negara. Bersandarkan fenomena ekonomi dan sosial yang luar biasa, tujuan makalah ini adalah untuk membincangkan kegiatan perdagangan informal lintas sempadan dengan memberi fokus kepada penentu penyertaan dan pemilihan lokasi strategik pedagang-pedagang asing terutama yang datang dari Kalimantan Barat dan impaknya terhadap komuniti tempatan.