首页    期刊浏览 2024年11月23日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Konflik di pusat pemindahan banjir: Kajian Kes di Daerah Padang Terap, Kedah (Conflicts in flood relief shelter: A case study of Padang Terap District, Kedah)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Zulhafiz Said ; Salfarina Abd Gapor ; Mohd Nazri Samian
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2013
  • 卷号:9
  • 期号:1
  • 页码:61-69
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Banjir merupakan fenomena yang semakin kerap berlaku kesan daripada perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin teruk. Apabila banjir berlaku, mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir di Padang Terap dimana pusat pemindahan yang sedia ada kurang penyelenggaraan yang baik. Ini akan menambahkan lagi tekanan emosi mangsa banjir kerana pada masa yang sama rumah dan harta benda mereka juga ditenggelami air termasuk kemusnahan tanaman dan ternakan. Artikel ini adalah untuk mengenalpasti contoh-contoh konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir dan mencadangkan pendekatan yang terbaik untuk mengurangkan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kuantitatif seperti soal selidik kepada 683 responden dan pendekatan kualitatif perbincangan kumpulan fokus terhadap 30 orang pemimpin tempatan. Dapatan menunjukan konflik di pusat pemindahan banjir wujud disebabkan oleh makanan yang tidak mencukupi, tiada kefahaman sesama mangsa banjir dan pusat pemindahan yang sesak serta kelengkapan infrastruktur yang tidak sesuai dan mencukupi. Oleh itu, cadangan seperti meningkatkan infrastruktur di pusat pemindahan banjir penting dalam meningkatkan kepuasan hati mangsa banjir serta mengutamakan keselesaan mereka adalah usaha yang perlu di samping barangan makanan yang mencukupi dan cepat sampai serta mengadakan aktiviti seperti kaunseling kepada mangsa banjir agar trauma dan tekanan yang dihadapi akan berkurang
  • 关键词:Daerah Padang Terap; masalah banjir; pemimpin tempatan; pengurusan konflik; pusat pemindahan;banjir
国家哲学社会科学文献中心版权所有