标题:Menangani ruang budaya: Peranan pengurus sebagai penyebar maklumat bagi Istana Budaya, Kuala Lumpur (Managing the cultural space: The role of managers in disseminating information for the Istana Budaya, Kuala Lumpur)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2013
卷号:9
期号:1
页码:70-78
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Maklumat dan cara penyalurannya penting dalam mempengaruhi perestasi sesebuah organisasi. Pengurus perlu memainkan peranan selaku penyebar maklumat yang berkesan bagi memastikan kelangsungan perkembangan organisasi dan keharmonian hubungan sesama pekerja. Artikel ini bertujuan mengkaji pandangan ahli organisasi, iaitu subordinat dalam organisasi Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, terhadap pengurus dalam menjalankan peranan selaku penyebar maklumat. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kaji selidik. Borang kaji selidik ditadbirkan ke atas semua 288 orang pekerja sokongan IB. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif menerusi pakej Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden mengakui bahawa para pengarah, iaitu pengurus yang berperanan sebagai pemimpin menjalankan peranan sebagai penyebar maklumat sepanjang menjalankan tugas mereka di IB. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua pihak subordinat dan superior menyedari kepentingan menyebarkan maklumat melalui saluran yang betul dan secara yang bijaksana bagi memastikan agar komunikasi dalam organisasi berterusan serta lancar.
关键词:komunikasi dan bijaksana; organisasi; pengurus; penyebar maklumat; subordinat; superior