首页    期刊浏览 2024年09月16日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kebolehcapaian nasihat bagi pengurusan penyakit tanaman oleh pekebun kecil lada hitam, Sarawak: Tinjauan awal (Critical extension services and the plight of Sarawak’s black pepper farmers: A preliminary survey)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Kamarudin Shafinah ; Noraidah Sahari ; Riza Sulaiman
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2013
  • 卷号:9
  • 期号:2
  • 页码:17-26
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu tanaman industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia khususnya di Sarawak. Kebelakangan ini insiden serangan penyakit terhadap tanaman lada hitam telah merencat pengeluaran produktiviti tanaman ini. Situasi semasa yang dihadapi oleh pekebun kecil yang mampu memberi impak terhadap kualiti dan kuantiti hasil tanaman mereka jarang dilaporkan. Kaedah penasihatan yang kurang efisien, ketidakcukupan pengetahuan dan tempoh masa yang panjang bagi capaian sesuatu nasihat dipercayai boleh memberi kesan kepada aspek ekonomi dan pengurusan penyakit. Oleh itu, satu tinjauan awal telah dilaksanakan untuk mengenalpasti situasi semasa yang merangkumi aspek penasihatan dan penyakit tanaman khususnya bagi tanaman lada hitam daripada perspektif pekebun kecil di kawasan luar bandar. Kaedah penyelidikan ini menggunakan borang senarai semak dan telah diedar kepada pekebun kecil yang mengusaha tanaman lada hitam di kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga yang terletak di Bahagian Kapit, Sarawak. Hasil tinjauan awal ini mendapati pekebun kecil yang mengusaha tanaman lada hitam sering menghadapi masalah tanaman berpenyakit dan turut menghadapi isu kaedah penasihatan yang kurang efisien. Kaedah sistem penasihatan baru yang strategik seperti penggunaan teknologi maklumat perlu diperkenalkan supaya pekebun kecil di kawasan luar bandar boleh memperolehi maklumat dengan pantas bagi menyelesaikan masalah apabila menghadapi insiden serangan penyakit tanaman dan membantu mengurangkan risiko kerugian akibat kemusnahan tanaman.
  • 关键词:lada hitam; maklumat pertanian; pekebun kecil; pengetahuan pakar; serangan penyakit; sistem;penasihatan dan pengembangan
国家哲学社会科学文献中心版权所有