标题:.Peningkatan daya saing Lembah Lenggong berasaskan pelancongan sumber setempat (Mobilising local resources in enhancing place competitiveness: The case of the Perak’s Lenggong valley, Malaysia)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2013
卷号:9
期号:2
页码:35-49
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Lembah Lenggong telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 lalu. Lembah Lenggong perlu meningkatkan daya saing kerana arus globalisasi menyebabkan persaingan antara tempat, terutama tempat pelancongan menjadi semakin sengit. Antara kaedahnya ialah dengan mengenengahkan kelebihan dan keunikan elemen yang dimiliki tempat. Usaha ini adalah sesuatu yang kritikal dan hasil kajian mendapati Lembah Lenggong ternyata mempunyai pelbagai keunikan tersendiri, selain daripada sumber arkeologi yang menyebabkan status istimewa ini diperolehi. Artikel ini membincangkan kerelevenan konsep elemen setempat dan kaitannya dengan kelebihan atribut tempat di Lembah Lenggong. Moga pendedahan ini akan meningkatkan lagi daya saing Lembah Lenggong di persana dunia dan berupaya menjadi antara tarikan pelancongan utama negara dalam masa terdekat.
关键词:atribut tempat; budaya ; daya saing; Lembah Lenggong; pengguna tempat; warisan semulajadi