首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Analisis terhadap pembangunan landskap hutan rekreasi di Selangor, Malaysia (An analysis on recreational forest landscape development in Selangor, Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Kher Hussein ; Saiful Arif Abdullah ; Chamhuri Siwar
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2013
  • 卷号:9
  • 期号:3
  • 页码:1-11
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pembangunan landskap hutan-hutan rekreasi di Malaysia dilaksana dan diurus oleh pihak Jabatan Perhutanan. Namun, perkembangan pesat yang dialami oleh kawasan tersebut menyebabkan pengurusan hutan rekreasi berkenaan diserahkan kepada pihak lain seperti lembaga pelancongan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Senario ini telah menyebabkan pembangunan landskap hutan rekreasi menerima impak yang besar ekoran pembangunan kawasan lebih menekankan kepada kaedah untuk memperoleh sumber pendapatan untuk mengurus dan juga keuntungan. Hal ini menggugat kelestarian kawasan berkenaan. Keadaan ini timbul disebabkan oleh dua isu utama, iaitu isu pembangunan dan isu pengurusan. Kedua-dua isu tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan hutan rekreasi mengalami kegagalan kerana kekurangan pengunjung dan tidak mendapat sokongan masyarakat setempat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perlaksanaan pembangunan tiga tapak landskap hutan rekreasi di Selangor sebagai kes. Dua kaedah kajian digunakan, iaitu temu bual dan pemerhatian di lapangan. Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat sahih lagi terperinci mengenai strategi pembangunan landskap kawasan kajian. Manakala pemerhatian lapangan dilakukan untuk mendapatkan data mengenai penampilan fizikal kawasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perancangan, pembangunan, perlaksanaan dan pengurusan landskap kawasan kajian perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kelestarian yang lebih baik. Ini penting untuk memastikan matlamat asal penubuhan hutan rekreasi sebagai kawasan pemeliharaan dan pemuliharan hutan serta untuk kesejahteraan hidup manusia dapat dicapai. Oleh itu pihak-pihak berkaitan perlu berusaha untuk memastikan hutan rekreasi yang ada dibangunkan dengan lebih sistematik dan diurus dengan sempurna untuk generasi masa kini dan yang akan datang.
  • 关键词:eko-pelancongan; hutan rekreasi; kelestarian; landskap; pembangunan; perancangan
国家哲学社会科学文献中心版权所有