摘要:Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam mewujudkan perpaduan kaum dan agama. Selepas diisytiharkan tahun 2001 sebagai tahun dialog, pendekatan ini mula diterima ramai. Kesannya, lahir beberapa siri dialog antara peradaban dan agama. Walaupun pada mulanya bersifat kaku dan berhati-hati, kini ia berkembang ke arah lebih positif dalam mewujudkan persefahaman dan pada masa yang sama meminimumkan konflik. Artikel ini pada dasarnya akan membincangkan tentang senario hubungan agama di Malaysia yang diwarnai dengan konflik yang besar mahupun kecil, dengan penawaran mekanisme dialog antara agama sebagai alternatif penyelesaian. Dalam dialog ini, ada etika yang perlu diamalkan oleh semua pihak yang terlibat agar ia dapat dijayakan dengan berkesan dalam realiti Malaysia