首页    期刊浏览 2024年10月06日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Komuniti dan Pengurusan Persekitaran: Beberapa Pengalaman Malaysia, Bangladesh, Zambia dan VietnamCommunity and Management of Environment: Experiences From Malaysia, Bangladesh, Zambia and Vietnam
  • 本地全文:下载
  • 作者:Teuku Afrizal ; Abdul Rahman Embong
  • 期刊名称:Kajian Malaysia
  • 印刷版ISSN:0127-4082
  • 电子版ISSN:2180-4273
  • 出版年度:2013
  • 卷号:31
  • 期号:2
  • 页码:65-86
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia
  • 摘要:Salah satu cabaran besar dalam kehidupan masyarakat moden khususnya masyarakat bandar ialah bagaimana mengurus persekitaran terutamanya pengurusan sisa pepejal dengan cekap dan berkesan, dan bagaimana melibatkan pelbagai "stakeholder" seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan [non-governmental organization (NGO)] dan komuniti tempatan dalam usaha tersebut. Komuniti tempatan sebagai salah satu "stakeholder" atau kelompok berkepentingan utama perlu digerakkan dalam usaha mengurus kawasan persekitaran mereka sendiri. Hal ini kerana rasa kesepunyaan bersama yang mereka miliki akan mendorong mereka menjadi lebih komited dalam memperbaiki persekitaran dan menjaga keceriaan sehingga wujud suasana yang sihat dan berdaya huni. Artikel ini menganalisis pengalaman pengurusan sisa pepejal kawasan kediaman urban di empat buah negara membangun iaitu Malaysia, Bangladesh, Zambia dan Vietnam, dan menunjukkan bahawa komuniti tempatan boleh memainkan peranan yang penting dalam mengurus sisa pepejal sekiranya terdapat ejen perubahan yang boleh memainkan peranan menggerakkan anggota-anggotanya, meningkatkan kesedaran dan komitmen serta mengatur apa yang patut dibuat. Aspek-aspek yang diteliti dalam artikel ini termasuk asal mula pelaksanaan program penglibatan komuniti, penglibatan pihak yang berkepentingan dalam pengurusan, cara pengurusan dan mekanisme pelaksanaan, skop penglibatan, sumber pembiayaan serta pelaksanaan skim pengutipan primer dan pengutipan sekunder. Namun, artikel ini menghujahkan bahawa walau apapun peranan yang dimainkan oleh komuniti tempatan, komuniti tersebut menghadapi batasan atau kekangan tersendiri kerana saiznya yang kecil, sumber-sumber yang terhad serta ketiadaan ataupun kekurangan kepakaran. Justeru pemerintah selaku pemegang amanah ke atas kesejahteraan masyarakat masih perlu memberi perhatian yang mendalam dan sokongan padu agar projek yang dilaksanakan di peringkat komuniti dapat dilakukan dengan berjaya bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka
  • 关键词:penglibatan komuniti; pengurusan sisa pepejal; pihak berkuasa tempatan; negara membangun; kesejahteraan
国家哲学社会科学文献中心版权所有