首页    期刊浏览 2024年11月27日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Produktiviti bagi Sistem Pengajian Tinggi di Malaysia(Productivity in Higher Education System in Malaysia)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Chan Lee Yee ; Norehan Abdullah
  • 期刊名称:Kajian Malaysia
  • 印刷版ISSN:0127-4082
  • 电子版ISSN:2180-4273
  • 出版年度:2007
  • 卷号:25
  • 期号:2
  • 页码:75-120
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia
  • 摘要:Kajian ini cuba menganalisis isu produktiviti dalam sistem pengajian tinggi Malaysia. Produktiviti merupakan nisbah output per unit input, namun output sukar diukur kerana tidak boleh menetapkan satu piawai untuk mengukur kualiti bagi seseorang graduan. Kebanyakan kajian berfokus kepada pengukuran kualiti bagi pengajian tinggi atau penggunaan least cost solution yang mementingkan kuantiti berbanding kualiti, dan kecekapan berbanding keberkesanan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cara pengukuran produktiviti yang terbaik dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mengkaji hubungan kecekapan sistem pengajian tinggi dengan pengangguran siswazah. Menggunakan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai kes kajian, produktiviti diukur melalui kecekapan dan keberkesanan. Kecekapan adalah pengukuran nisbah jumlah pelajar UUM dengan jumlah kos, dan keberkesanan merujuk kepada sejauhmana UUM memenuhi keperluan masyarakat. Kaedah regresi digunakan untuk menganggar hubungan jumlah penganggur siswazah dengan kos pendidikan dan kos pendidikan tinggi. Hasil kajian mendapati secara relatifnya, produktiviti UUM agak rendah apabila hanya separuh daripada jumlah graduan dapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan selepas mereka keluar dari universiti, dan lebih 40 peratus jatuh dalam kategori pengangguran. Keputusan analisis regresi menunjukkan bahawa kecekapan sistem pengajian tinggi berhubungan positif dan signifikan dengan pengangguran siswazah.
  • 关键词:Produktiviti; sistem pengajian tinggi; keberkesanan ;kecekapan dan pengangguran siswazah
国家哲学社会科学文献中心版权所有