摘要:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan (ICT) dalam pengajaran guru dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah. Kajian berbentuk tinjauan ini akan memperlihat tahap kesediaan penggunaan ICTserta pencapaian hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah melalui penggunaan ICTdan tanpa ICT. Sebanyak empat buah kelas prasekolah di daerah Gombak, Selangor telah dipilih sebagai lokasi kajian dan melibatkan seramai 100 responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah dan 30 orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru berada pada tahap sederhana (66.2%) dan kemudahan fizikal juga pada tahap sederhana (65.5%). Kesesuaian bahan didapati pada tahap tinggi (77.5%). Hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICTdan terdapatnya hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden. Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVApula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah
其他摘要:The study aimed to identify the level of readiness using (ICT) in teaching and its effects on the work and behaviour of preschool children.Using the survey method the study will identify level of readiness using ICTamong teachers and the impact on the work and behaviours of preschool children who used ICTwith that of non-users. A total of four preschool clasess in the Gombak district of Selangor were chosen as samples.The study involved 100 respondents and 30 teachers.The result of the study showed the level of readiness among teachers is at the level of average (66.2%) whilst the physical facilities is also at the level of average (65.5%). Appropriateness of resources is at the high level (77.5%). The study also showed that preschool teachers are prepared to implement the use of ICTin their teaching and learning process. Analysis using Pearson correlation indicated a strong and positive relationship of the variables pupils' work and behaviour. However analysis of test using MANOVAfound that there is no significant difference on the pupils' work and behaviour based on the teaching approach used by preschool teachers.
关键词:Kesediaan; pendidikan prasekolah; penggunaan ;ICT; literasi komputer; tingkah laku
其他关键词:Readiness; preschool education; use of ;ICT; computer literacy; behaviours