首页    期刊浏览 2024年10月06日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Family Context and Its Relationship with Parental Involvement in TheirChildren’s Education in Secondary Schools
  • 本地全文:下载
  • 作者:Abd. Razak Zakaria ; Norani Mohd Salleh
  • 期刊名称:Jurnal Pendidikan Malaysia
  • 印刷版ISSN:2180-0782
  • 出版年度:2011
  • 卷号:36
  • 期号:1
  • 页码:35-44
  • 出版社:National University of Malaysia
  • 摘要:Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Kajian ini berfokus sepenuhnya kepada murid sebagai sampel. Peserta kajian keseluruhannya terdiri daripada murid-murid tingkatan empat dari sekolah menengah bantuan penuh kerajaan. Kajian ini melibatkan seramai 950 murid. Kajian tinjauan ini menggunakan sepenuhnya soal selidik dalam mendapatkan data. Persampelan rawak dilakukan dalam memilih sampel kajian. Lokasi bandar dan luar bandar diambil kira dalam penentuan pemilihan sampel kajian. Data-data berskala Likert dianalisis sepenuhnya secara inferensi menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) manakala data soalan terbuka dianalisis secara deskriptif. Kekuatan kedua-dua kaedah penganalisisan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis regresi menunjukkan bahawa komponen konteks keluarga memberikan sumbangan 44.5 peratus daripada penglibatan ibu bapa di rumah berbanding hanya 16.0 peratus penglibatan ibu bapa di sekolah. Secara keseluruhan, didapati konteks keluarga memberikan sumbangan 41.1 peratus untuk penglibatan (rumah dan sekolah). Manakala faktor bangsa, bilangan adik-beradik, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa hanya berkorelasi secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak di sekolah menengah bukan faktor utama anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Anak-anak masih memperolehi pencapaian akademik yang baik meskipun tanpa penglibatan ibu bapa. Konteks keluarga yang kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam pelajaran. Walaupun penglibatan ibu bapa penting dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak tetapi konteks keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian anak-anak tersebut. Justeru, lebih bermakna jika usaha ke arah kejayaan anak-anak di sekolah mengambil strategi yang lebih holistik dengan memperkukuhkan institusi keluarga dan mewujudkan hubungan kekeluargaan yang sihat
  • 其他摘要:This study aimed at investigating to what extent parents involved themselves in educating their secondary school children. The participants consisted of 950 Form Four students from government assisted secondary schools. The questionnaires were administered to the sample in the state of Selangor. The findings showed that interaction and communication, parenting practices, leisure, openness and acceptance were the predictive factors and had a positive relationship with parental involvement in education of secondary school children. Multiple regression analysis showed that the component of family context contributed 44.5 percent to the involvement of parents at home as compared to only 16.0 percent for involvement of parents in school. Overall, it was found that family context contributed 41.1 percent to the involvement (home and school). Of greater interest is that this study found that involvement of parents in education of their secondary school children is not the main factor for their children's achievement in learning. The children obtained high academic achievement even without the involvement of parents. A conducive and harmonious family context was able to motivate the children to succeed in their studies. Although family involvement is important in raising the academic achievement of children, the family context is the main factor in influencing the children's academic achievement. To conclude, it would be more meaningful if efforts aimed at children's academic success in school utilize a more holistic strategy by strengthening the family institution and creating healthy family relationships
  • 关键词:Penglibatan ibu bapa; konteks keluarga; kesenggangan; keterbukaan; amalan ;keibubapaan
  • 其他关键词:Parental involvement; family context; children's education; secondary school
国家哲学社会科学文献中心版权所有