标题:Persepsi politik belia India di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Political perception of Indian youths in Malaysia’s public higher learning institutions)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2012
卷号:8
期号:8
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Sokongan kaum India, khususnya belia terhadap MIC (Malaysian Indian Congres) dikatakan kian merosot. MIC tidak lagi relevan sebagai parti yang mewakili masyarakat India seperti yang dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 2008, majoriti calonnya tewas . Artikel ini berttujuan untuk mengkaji persepsi politik belia India di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kajian ini melibatkan 150 orang pelajar India dari tiga buah universiti awam, iaitu UKM, UPM dan UM. Berdasarkan kaji selidik dan pemerhatian, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan belia India IPTA masih menyokong BN, namun mereka mahukan isu-isu penting dalam masyarakat India iaitu isu pendidikan di sekolah Tamil, pemberian biasiswa, isu kuota, isu agama dan isu sosioekonomi diselesaikan oleh kepemimpinan MIC sebaiknya. Mereka juga mela yari laman web untuk mendapatkan maklumat politik terkini dan memilih calon yang mempunyai karisma atau ketokohan, kelaya kan akademik yang tinggi dan calon muda serta parti politik yang memperjuangkan isu kemanusiaan seperti ketelusan, keadilan, hak asasi manusia, anti rasuah; memperjuangkan isu alam sekitar. Majoriti belia India IPTA akan memilih MIC dan BN sebagai parti politik mereka dalam PRU ke-13 jika parti tersebut lebih proaktif dalam menangani isu yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia. Belia India IPTA juga menyatakan hanya MIC yang dapat memperjuangkan hak kaum India dan mereka juga menjangkakan BN akan terus menang dalam PRU akan datang
关键词:belia India IPTA; masyarakat India; persepsi politik; pilihan raya umum; sokongan; status ;sosioekonomi