首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kemampanan persekitaran klaster sawit: Kajian kes di sekitar Pulau Carey, Selangor (Environmental sustainability of palm cluster: A case study in and around Carey Island, Selangor)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Er Ah Choy ; Mohd Azlan Abdullah ; Rosmiza Mohd Zainol
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:8
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Tujuan utama artikel ini adalah untuk menilai kemampanan persekitaran klaster perindustrian minyak sawit di sekitar Pulau Carey, Selangor. Aktiviti utama yang terlibat di peringkat huluan ialah penanaman kelapa sawit dan pengilangan minyak sawit, manakala aktiviti hiliran merangkumi pengilangan isi sawit, penapisan minyak sawit dan pengilangan oliokimia. Kesemua pengusaha yang terlibat, kecuali pengilang isi sawit berada di bawah kumpulan Sime Darby. Berdasarkan lawatan dan pemerhatian yang dilakukan di kawasan berkenaan dan sumber maklumat sekunder, kajian ini mendapati bahawa kehampiran fizikal membolehkan aktviti terseb ut menyumbang kepada kecekapan logistik dan jejak karbon yang rendah. Penanaman kelapa sawit menggantikan getah tua di ladang sawit Pulau Carey tidak berhubungkait dengan kontroversi persekitaran yang berkaitan dengan kehilangan hutan dara. Amalan pertanian yang baik, pemeliharaan kepelbagaian-bio dan kelapa sawit sebagai tanaman berhasil tinggi, telah meningkatkan kemampanan persekitaran. Kehampiran fizikal antara ladang dengan kilang minyak sawit telah menyumbang kepada penggunaan sisa seperti POME yang dirawat serta tandan sebagai baja di ladang. Hal tersebut seterusnya menyumbang kepada kemampanan persekitaran melalui intervensi kimia yang minimum. Kehampiran jarak antara ladang dengan kilang minyak sawit juga telah menyumbang kepada peningkatan kualiti minyak serta kadar pengekstrakan minyak dan seterusnya mengecilkan jejak karbon pengangkutan. Bagaimanapun, biogas yang dijana daripada loji rawatan di kilang minyak sawit, pada ketika ini, masih belum digunakan untuk tujuan Pengurangan Emisi Yang Disahkan di bawah Mekanisma Pembangunan Bersih. Begitu juga bagi produk sampingan pepejal seperti gentian dan kulit, sesuai dimajukan untuk nilai tambah produk yang tinggi berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan api pepejal. Pengilangan isi sawit, satu aktiviti hiliran, amat mesra alam kerana penjanaan sisa amat minimum. Manakala bagi aktiviti hiliran seperti penapisan minyak dan pengilangan oliokimia, teknologi rawatan yang sedia ada mampu menyangkal pandangan bahawa aktiviti tersebut menghasilkan bahan pencemar utama. Aktiviti keseluruhan di klaster perindustrian minyak sawit di sekitar Pulau Carey dalam rantaian antara huluan dan hiliran, secara keseluruhannya mencapai kemampanan persekitaran
  • 关键词:aktiviti huluan dan hiliran; Daerah Kuala Langat dan Klang; jejak karbon; kemampanan persekitaran; ;kumpulan Sime Darby; perindustrian minyak sawit
国家哲学社会科学文献中心版权所有