首页    期刊浏览 2024年07月09日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pendidikan dan komuniti Bidayuh: Kajian kes perbezaan gender dalam penyertaan dan pencapaian (Education and the Bidayuh community – A case of gendered participation and attainment)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Novel Lyndon ; Sivapalan Selvadurai ; Mohd Fuad Mat Jali
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:8
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian sarjana seperti Stivens (1992), Maimunah (1992; 2001), Walby (1996), Frable (1997), dan Aminah (1998) telah menyatakan bahawa ketidaksamaan gender sering kali dikaitkan dengan isu ekonomi, kedudukan politik dan sosial berbanding dengan lelaki, fungsi produktif dan reproduktif, kebolehsampaian atau peluang dan akses kepada sumber dan ketidaksamaan peranan dalam program atau dasar pembangunan. Kajian dari pelbagai sudut juga menunjukkan bahawa hubungan antara status wanita dan tahap pembangunan serta kualiti pembangunan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa adalah dicipta untuk menjadi timbal balik di mana lelaki dan wanita saling bergantung antara satu sama lain (Raja Rohana, 1991; Braithwaite, 1996; Jahan & Alauddin, 1996). Hal ini bermakna bahawa, status wanita yang rendah berbanding dengan lelaki menjejaskan kualiti keseluruhan pembangunan dan penyertaan wanita dalam pembangunan. Langkah langkah pembangunan yang tidak menyeluruh dan berat sebelah boleh menghasilkan kesimpulan yang salah atau mengelirukan tentang tahap dan kualiti pembangunan dan kualiti integrasi wanita dalam pembangunan (Ahmed & Sampath, 1992; Hossain, 1993; Jahan & Alauddin, 1996). Menurut beberapa pengkaji termasuk Todaro (1994), Jahan dan Alauddin (1996), Inglehart, Baker dan Wayne (2001), proses pembangunan mempunyai tiga komponen iaitu pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan kemajuan. Pertumbuhan ekonomi termasuk peningkatan kuantitatif dalam kekayaan dan pendapatan per kapita manakala pembangunan memerlukan peningkatan dalam kualiti hidup seluruh negara. Dari segi kemajuan pula, ianya bererti penemuan, penciptaan dan penggabungan nilai nilai ideologi sepanjang proses itu sendiri, yang tidak terhad dalam konteks pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. Proses hasil pembangunan yang berleluasa akibat sosial dan budaya, seperti semakin meningkat tahap pendidikan, penurunan kadar kesuburan, mobilisasi sosial, peranan gender yang berubah ubah, dan perbezaan pekerjaan di kalangan individu, kawasan, kumpulan etnik dan gender (Rashila, 2002; Johan & Francis, 2002).
国家哲学社会科学文献中心版权所有