期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:2006
卷号:14
期号:1
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Leksikal penterjemahan dan penerjemahan sering diguna pakai secara silih berganti. Dari segi semantik, kedua-dua leksikal ini mempunyai makna yang sama. Tetapi dari segi morfologinya, adakah pembentukan kedua-dua leksikal ini masih sama atau adakah salah satunya mesti digugurkan? Ada pendapat mengatakan yang leksikal penterjemahan itu merupakan kata pinjaman bahasa Arab yang perlu dikekalkan huruf ‘t’ nya. Pada masa yang sama, ada pendapat mengatakan bahawa kata pinjaman Arab itu sudah menjadi milik bahasa Melayu lantas huruf ‘t’ nya mesti digugurkan, Justeru, yang manakah yang betul? Oleh sebab itu, makalah ini cuba merungkai masalah tersebut melalui satu analisis korpus data berkomputer yang dibina oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam konteks perkernbangan linguistik moden hari ini, penggunaan korpus linguistik sama yang berbentuk manual atau berkomputer, sudah mula diiktiraf sebagai salah satu data atau sampel linguistik yang sahih dan boleh diguna pakai
关键词:Korpus data berkomputer; penterjemahan; penerjemahan