期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:2006
卷号:14
期号:2
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Aplikasi teknologi webcast semakin mendapat tempat terutama dalam sektor korporat dan penyiaran. Bagaimanapun, kesesuaian penggunaan teknologi webcast dalam pengajaran belum banyak diterokai, terutama di Malaysia. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknologi ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi. Tiga mod penyampaian kuliah secara webcast telah didedahkan kepada subjek kajian yang terdiri daripada 104 pelajar dalam Fasa I yang mengikuti kursus berorientasikan Sains manakala seramai 106 pelajar dalam Fasa II yang mengikuti kursus berorientasikan Sains Sosial. Mod tersebut adalah teknologi live streaming, pre-recorded streaming dan video-on-demand (VOD). Sesi kuliah secara bersemuka juga telah dijalankan sebagai satu bentuk kawalan. Persepsi subjek terhadap penggunaan teknologi webcast telah dikenal pasti melalui soal selidik. Ujian pra dan pasca dijalankan sebelum dan selepas sesi kuliah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian dan signifikan antara pelajar yang mengikuti kuliah melalui mod teknologi webcast yang berbeza. Hasil analisis data signifikan menunjukkan persepsi pelajar adalah sederhana positif terhadap mod teknologi webcast, kaedah penyampaian kuliah webcast, bahan pembelajaran yang digunakan dalam kuliah webcast dan kemudahan yang disediakan dalam kuliah webcast. Dari aspek pencapaian pula, tiada perbezaan yang signifikan diperoleh antara ujian pra dan pasca bagi kempat-empat mod penyampaian, kuliah bersemuka, live streaming, prerecorded streaming dan VOD. Ini bermakna, kuliah melalui mod webcast mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas sama ada bagi pengajaran dalam kampus ataupun luar kampus