期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:2003
卷号:11
期号:1
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Dengan menggunakan rangka kerja analisis shift-share wilayah, kajian yang merangkumi tempoh 1980-95 yang dipecahkan kepada dua subtempoh ini bertujuan untuk mengkaji prestasi ekonomi negeri Kelantan berbanding ekonomi nasional. Data KDNK Kelantan menurut sektor-sektor utamanya, dikumpul dari sumber UPE dan UPEN Kelantan dan dinyatakan dalam sebutan benar dengan menggunakan deflator KDNK. Hasil kajian mendapati bahawa lokasi negeri ini kurang menarik pelabur, kemajuan perindustrian nasional membantu memajukan perindustrian Kelantan, dan kelebihannya dalam sektor utama juga terjejas oleh arus perubahan struktur nasional. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan dasar untuk memajukan negeri ini.
关键词:Analisis shift-share wilayah; subtempoh; perindustrian; perubahan struktur nasional