期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:2003
卷号:11
期号:2
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, pelbagai projek dan program telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu masyarakat miskin di negara ini. Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memastikan hasrat dan tujuan untuk membebaskan masyarakatnya daripada belenggu kemiskinan tercapai. Walaupun fenomena kemiskinan di negara ini telah menurun, bilangan golongan miskin masih lagi tinggi terutamanya di kawasan luar bandar. Salah satu punca mengapa dan kenapa keadaan sebegini berlaku adalah disebabkan kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan komuniti ataupun desa yang dilaksanakan. Model Pembangunan Komuniti yang memberikan penekanan kepada lima elemen utama dipercayai mampu untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan terutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar dengan lebih berkesan. Di antara lima penumpuan utama di dalam model ini ialah pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, teras pembangunan komuniti, proses pembangunan komuniti dan hasil pembangunan komuniti. Model ini menjelaskan dengan terperinci proses yang perlu dilalui oleh setiap masyarakat atau agensi yang berminat untuk membantu golongan miskin di negara ini melalui projek-projek yang dijalankan. Dengan mengikuti proses yang dicadangkan oleh model ini, bukan sahaja masalah kemiskinan dapat diselesaikan dengan berkesan, malah ia mampu untuk membantu Negara membuat pelaburan di dalam projek-projek pembangunan masyarakat yang mencapai matlamat penubuhannya.
关键词:Komuniti; pembangunan komuniti; model pembangunan komuniti