首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Profil Personaliti Pelajar-pelajar Program Matrikulasi Universiti Putra Malaysia
  • 本地全文:下载
  • 作者:Sidek Mohd Noah dan Othman Jailani
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:2002
  • 卷号:10
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti bentuk profil personaliti pelajar program matrikulasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan personaliti antara pelajar lelaki dengan perempuan mengikut bidang pengkhususan. Subjek kajian terdiri daripada 340 pelajar yang telah dipilih secara rawak berlapis daripada 1475 pelajar matrikulasi Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan TESL. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Personaliti Sidek. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif termasuklah min, sisihan piawai dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap bidang pengkhususan telah menunjukkan bentuk profil personaliti yang hampir sama. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa tret-tret personality utama yang dikaitkan dengan personaliti pelajar institusi pengajian tinggi yang ideal seperti tret personaliti analitikal, intelektual dan ketahanan hanya di tahap sederhana sahaja sementara tret personaliti bersandar dan kritik-diri didapati agak tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan profil personaliti yang signifikan berdasarkan bidang pengkhususan dan jantina pelajar. Sehubungan dengan dapatan kajian yang diperoleh, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
  • 关键词:Profil personaliti; tret personaliti; bidang pengkhususan; matrikulasi; jantina
国家哲学社会科学文献中心版权所有