期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:2002
卷号:10
期号:1
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah. Berdasarkan usaha tersebut satu kajian diperlukan untuk menilai semula kesan pendidikan keusahawanan terhadap aspirasi pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Seramai 1336 pelajar tingkatan 4 telah dipilih dengan menggunakan tatacara persampelan rawak berlapis. Dapatan kajian menunjukkan aspirasi pelajar sekolah masih lagi rendah. Mereka yang mendapat pencapaian tinggi dalam PMR mempunyai potensi keusahawanan yang rendah dan sebaliknya. Terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri dan potensi pelajar yang ingin bekerja sendiri dan makan gaji. Secara keseluruhan sikap dan ciri keusahawanan pelajar adalah sederhana positif. Implikasi kajian dibincangkan dalam kertas kerja ini untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah.
关键词:Keusahawanan; latihan dan pendidikan keusahawanan; ciri-ciri keusahawanan; aspirasi keusahawanan