首页    期刊浏览 2024年10月06日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Perkaitan antara Kondisi Kerja dengan Penyesuaian dalam Perkahwinan di Kalangan Wanita Profesional
  • 本地全文:下载
  • 作者:Safidah Abu Samah ; Rozumah Baharudin
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:2001
  • 卷号:9
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara kondisi kerja dan penyesuaian dalam perkahwinan di kalangan wanita profesional. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pekerja wanita profesional yang telah berkahwin di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Responden telah dipilih secara persampelan bertujuan. Maklumat telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Kondisi kerja telah diukur menggunakan skala yang telah dibina oleh pengkaji berasaskan beberapa skala kondisi kerja yang lalu. Manakala tahap penyesuaian responden dalam perkahwinan telah diukur menggunakan “Spanier’s Dyadic Adjustment Scale” (Spanier 1976). Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden mengalami tahap tuntutan dan tekanan kerja yang tinggi. Walaupun demikian, sebilangan besar daripada mereka melaporkan mempunyai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan dan mempunyai kualiti hubungan yang baik dengan majikan. Namun keadaan yang sebaliknya pula dilaporkan oleh kebanyakan responden berhubung dengan kualiti hubungan dengan rakan sekerja. Hasil kajian juga menunjukkan lebih daripada separuh responden yang dikaji mempunyai tahap penyesuaian yang rendah dalam perkahwinan. Analisis regresi berganda menunjukkan kelimalima subskala kondisi kerja dapat menerangkan sebanyak 46% daripada varian skor penyesuaian dalam perkahwinan. Walau bagaimanapun, hanya dua subskala iaitu tuntutan kerja dan kualiti hubungan dengan rakan sekeija didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan penyesuaian dalam perkahwinan apabila kesemua subskala kondisi kerja dikawal secara statistik. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa kondisi yang dialami individu dalam pekerjaan boleh menyumbang kepada penyesuaiannya dalam perkahwinan.
  • 关键词:Kondisi kerja; persekitaran kerja; penyesuaian perkahwinan; perkahwinan; wanita berkerja; wanita perofesional
国家哲学社会科学文献中心版权所有