期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:1999
卷号:7
期号:2
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Kajian mengenai produktiviti terus menarik minat para penyelidik memandangkan kepentingan sumbangan produktiviti ke atas pertumbuhan ekonomi. Kajian mengenainya bukan sahaja menekankan kepada teknik-teknik pengukuran tetapi juga menumpukan kepada komposisi produktiviti. Pemahaman mengenai komponen-komponen yang terkandung dalam produktiviti dapat membantu penggubal dasar mengenal pasti punca ketidakcekapan sesebuah industri. Melalui penggunaan indeks Malmquist dan pendekatan DEA, kajian ini bertujuan mengukur produktiviti bagi sektor elekrikal dan elektronik (E&E). Melalui keadah ini, produktiviti dapat dipecahkan kepada dua komponen iaitu perubahan teknikal dan perubahan kecekapan. Produktiviti bagi sektor E&E telah mengalami pertumbuhan yang menggalakkan melalui sumbangan peningkatan dalam kecekapan dan perubahan teknikal.
关键词:Produktiviti; pertubuhan ekonomi; teknik-teknik dan komposisi produktiviti; indeks malmquist; DEA