期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:1999
卷号:7
期号:2
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Tanah Rizab Melayu (TRM) meliputi 33.55% tanah di Malaysia yang boleh diusahakan secara produktif. Malangnya banyak kajian yang telah dibuat menunjukkan sumber pengeluaran yang sebegini besar tidak berjaya digembleng oleh pemilik untuk mencapai potensi ekonominya yang sebenar. Penyelesaian kepada masalah ketidakcekapan penggunaan sumber ini memerlukan teori yang boleh menerangkan mengapa keadaan ini wujud. Walaupun ada beberapa idea yang telah dilontarkan untuk menjelaskan fenomena ini, idea-idea tersebut tidak berdasarkan teori ekonomi yang tegar. Kertas ini mengusulkan satu teori ekonomi yang mudah tetapi tegar, untuk menerangkan (dari segi ekonomi) mengapa pemilik-pemilik TRM membuat pelaburan yang lebih rendah dari tahap yang cekap, sekali gus menerangkan mengapa TRM kurang dibangunkan potensi ekonominya. Kertas ini menyarankan bahawa kos transaksi dan oportunisme akibat dari pemilikan bertindih boleh mengakibatkan kurang berlakunya pembangunan TRM.