期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:1998
卷号:6
期号:1
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Sikap,pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian diperlukan bagi membolehkan seseorang membangun sesebuah komuniti dan seterusnya mengekalkan pembangunan tersebut. Di Perlok, sebuah kampung di bawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pahang Barat, keperluan ini cuba dipenuhi oleh agensi kerajaan melalui pelbagai program latihan yang merangkumi kedua-dua aspek: pertanian dan bukan pertanian. Penduduk tempatan menyambut baik usaha ini dengan menyertainya dan memanfaatkan apa yang mereka pelajari. Ke arah kesejahteraan hidup yang seimbang dan berkekalan, penduduk masih terus ingin belajar perkara berhubung dengan pembangunan diri dan masyarakat, di samping teknik dan pengurusan ladang.
关键词:Latihan; pengembangan; penyertaan; pembangunan luar bandar; pembangunan mampan