期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:1998
卷号:6
期号:1
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu dalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Jelebu, Negeri Sembilan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk ‘true experimental’, ujian praujian pasca, kelompok kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada 50 pelajar Tingkatan 4 yang kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan prosedur pemadanan. Tiga kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kelompok, kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan secara kumpulan besar atau mass dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu yang mengandungi lima fasa yang telah diperkenal oleh Sidek. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan Ujian Pencapaian Mehrabian sebelum dan selepas rawatan. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOVA sehala. Keputusan-keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu telah dapat meningkatkan motivasi pencapaian di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperoleh beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
关键词:Keberkesanan; modul motivasi; motivasi pencapaian