期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:1997
卷号:5
期号:2
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Artikel ini akan membincangkan dapatan satu kajian kes tentang bentuk pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Selangor. Pencerapan ini dilakukan dalam dua semester pengajian di sekolah tersebut. Dalam kajian ini, bentuk pengajaran dua guru di Tingkatan Empat telah dilihat. Dapatan pencerapan ini menunjukkan bahawa penumpuan guru lebih diberikan terhadap ‘hasil karangan’ daripada proses mengarang itu sendiri. Hal ini ditunjukkan oleh bentuk pengajaran guru yang linear dan pendekatan pengajaran yang menekankan aspek input isi daripada strategi mengarang. Bentuk pengajaran ini lebih berorientasi untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan dan bukan kepada latihan mempertingkat kemahiran mengarang di kalangan pelajar. Bentuk pengajaran ini membawa implikasi terhadap perancangan dan penyediaan bakal guru di maktab perguruan dan universiti.
关键词:Penilaian kualitatif; pengajaran kemahiran karangan Bahasa Melayu; pendidikan guru Bahasa Melayu