首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kepuasan Keija di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti Pertanian Malaysia
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ghazali Hasan dan Turiman Suandi
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:1995
  • 卷号:3
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kepuasan kerja di kalangan pengawal keselamatan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbangkan pengaruh terhadap tahap kepuasan kerja mereka. Soalselidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek pekerjaan dan kepuasan kerja 96 orang pengawal keselamatan UPM yang dipilih secara rawak. Data telah diproses dengan menggunakan Pakej Stadstik untuk Sains Sosial (SPSS PC+). Pembolehubah bebas yang merangkumi ciri-ciri demografi, faktor organisasi dan faktor dimensi kerja telah digunakan dalam model kajian bagi menerangkan pengaruh terhadap kepuasan kerja mereka. Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan pengawal keselamatan merasa puas dengan pekerjaan mereka pada tahap yang sederhana dan tinggi. Penemuan kajian juga menunjukkan faktor-faktor polisi organisasi, peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusan akademik dan bebanan tugas mempunyai kaitan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja pengawal keselamatan. Faktor polisi organisasi adalah faktor terpenting yang memberi sumbangan pengaruh terhadap model kajian ( R2 = 0.50, P < 0.05), diikuti oleh peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusan akademik dan bebanan tugas. Faktor-faktor tersebut adalah merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja mereka. Manakala faktor-faktor umur, jawatan, pendapatan, tempoh perkhidmatan, kerja itu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja mereka.
  • 关键词:Kepuasan kerja; pengawal keselamatan
国家哲学社会科学文献中心版权所有