首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar
  • 本地全文:下载
  • 作者:Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:1995
  • 卷号:3
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Latihan mengajar adalah aktiviti penting dalam program pendidikan perguruan. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan kepada keadaan sebenar alam perguruan. Kajian ini cuba mengenal pasti sikap pelajar terhadap latihan mengajar dan masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan tersebut. Populasi terdiri daripada guru pelatih UPM yang menjalani latihan mengajar pada semester Disember 1993/94. Teknik persampelan kelompok bersistematik digunakan untuk memilih sampel sejumlah 215 orang guru pelatih. Dapatan menunjukkan, secara keseluruhan guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap latihan mengajar. Sikap terhadap latihan mengajar didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar. Guru pelatih bukan bekas guru mempunyai sikap yang lebih positif terhadap latihan mengajar daripada guru pelatih bekas guru. Dapatan juga menunjukkan guru pelatih mempunyai kesukaran untuk (1) mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya, (2) memilih alat bantu mengajar yang sesuai, (3) memilih kaedah mengajar yang sesuai, (4) mengetahui latar belakang setiap pelajar yang diajar, (5) mengingati semua nama pelajar yang diajar, (6) mengatasi masalah kewangan, (7) mengatasi masalah kerisauan, dan (8) menyediakan berbagai-bagai jenis soalan. Dua daripada masalah ini, iaitu kesukaran memilih alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang sesuai mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap latihan mengajar.
  • 关键词:Latihan mengajar; guru pelatih; sikap; pendidikan perguruan
国家哲学社会科学文献中心版权所有