首页    期刊浏览 2024年09月20日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM untuk Mengenal Pasti Kanak-kanak Melayu yang Pintar Cerdas
  • 本地全文:下载
  • 作者:Abd Majid Mohd Isa
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:1994
  • 卷号:2
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan menentukan kesesuaian inventori Raven SPM sebagai ujian kecerdasan secara kumpulan untuk menapis kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Seramai 100 pelajar Melayu tingkatan satu, Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Rembau merupakan responden bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada yang mempunyai pencapaian yang baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan layak ke sekolah asrama penuh seluruh Daerah Tampin/Rembau. Ujian Raven SPM dan WISC-R diberikan kepada mereka. Responden yang mendapat skor IQ melebihi 120 dari ujian WISC-R dikelaskan sebagai pintar cerdas. Korelasi antara skor Raven SPM dengan IQ WISC-R adalah tinggi dan kedua inventori ini berkongsi varians bagi konstruk kecerdasan (criteria untuk pintar cerdas) sebanyak 65 peratus. Persamaan regresi untuk menganggarkan IQ (indeks kecerdasan) mendapati bahawa skor 50 boleh menganggarkan IQ 120 (pintar cerdas). Oleh kerana ralat bagi persamaan regresi ini tinggi, maka ramai kanak-kanak yang pintar cerdas mendapat skor kurang daripada 50 dan ini dinamakan false negative. Indeks keberkesanan dan kecekapan yang dikemukakan oleh Pegnato dan Birch (1959) diguna untuk menentukan sama ada skor 50 pada ujian Raven SPM dapat mengurangkan false negative. Oleh kerana skor yang kurang daripada itu akan menambahkan bilangan calon untuk diuji, satu skor yang ekonomikal dari segi kos perlu dikemukakan. Daripada dapatan penyelidikan ini, skor Raven SPM sebanyak 48 didapati dapat mengurangkan bilangan calon sebanyak 30 peratus dan skor ini mengandungi 85 peratus kanak-kanak pintar cerdas. Jika dibandingkan dengan skor yang lain, skor ini mempunyai indeks keberkesanan yang baik kerana seorang daripada tiga calon yang akan diuji seterusnya ialah kanak-kanak pintar cerdas.
  • 关键词:Pintar cerdas; inventori; keberkesanan; ujian piawai; kecerdasan
国家哲学社会科学文献中心版权所有