摘要:Dalam usaha untuk memajukan tanah terutamanya bagi tanah jenis pertanian, kerajaan telah membuat inisiatif untuk meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara 1965(KTN) bagi membenarkan serta memudahkan proses pecah bahagian tanah bagi memudahkan pembangunan yang ingin dijalankan.Umpamanya, seksyen 140(3) telah dipinda bagi membenarkan tuanpunya bersama bagi tanah jenis pertanian yang melibatkan keluasan 2/5 hektar atau kurang daripadanya dipecah bahagi. Seksyen 141A pula telah memperuntukkan bahawa tuanpunya syer minoriti tidak perlu mendapat keizinan daripada tuanpunya-tuanpunya bersama tanah yang lain bagi membuat permohonan pecah bahagian walaupun peruntukan sebelum ini mengkehendaki berbuat demikian. Pindaan-pindaan yang dibuat sebelumnya perlu diguna pakai oleh tuanpunya-tuanpunya bersama tanah yang lain bagi memanfaatkan tanah-tanah mereka bagi pembangunan negara