摘要:Penderia pH gentian optik berasaskan reagen terpegun dan pengoptimuman rangsangannya menggunakan rangkaian neural tiruan (artificial neural network, ANN) telah dibangunkan dalam kajian ini. Penunjuk pH iaitu bromotimol biru (BTB) telah dipilih sebagai reagen. Reagen ini telah dipegunkan di atas kopolimer Amberlite XAD 7 dengan kaedah jerapan. Teknik spektroskopi pantulan digunakan untuk pencirian reagen yang terpegun di atas Amberlite XAD 7. Penggunaan ANN dalam pengoptimuman rangsangan penderia pH gentian optik berasaskan reagen vang dipegunkan di atas Anberlite XAD 7 ini telah berjaya melebarkan julat rangsangan linear penderia dari julat vang terhad (pH 6.00-8.00 bagi BTB) kepada julat yang lebih baik iaitu pH 2.00-1L50. Pengoptimuman rangsangan penunjuk pH ini tidak dapat dilakukan untuk keseluruhan julat pH 1.00-14.00 kerana masalah pelunturan kimia terhadap reagen yang dipegunkan. Ralat purata bagi penentuan pH bagi larutan yang tidak diketahui adalah 0.03 unit pH untuk BTB terpegun pada Anberlite XAD 7.